SELAMAT HARI LAHIR !
Terasa sungguh pantas masa berlalu.
Hari ini hari lahirku yang ke - 17
Aku telah menginjak ke satu usia baharu.
Usia yang menuntut bagai-bagai komitmen dan tanggungjawab.
Aku bukan lagi kanak-kanak kecil, meski badanku kecil.
Aku kini adalah seorang dewasa yang punya banyak tugas, komitmen, tanggungjawab serta cita-cita yang masih lagi tidak tertunai.
Sungguh, hidup ini adalah satu siri perlumbaan
Yang dengannya, kita lebih bersemangat setiap hari untuk mengislah diri.
Aku teringat ada satu syair yang mengatakan begini, syair arab mungkin ,
Syairnya berbunyi begini
Syair ini bermaksud sekiranya seseorang itu telah memiliki seluruh kekuasaan, sudah pasti ia akan mahu memiliki langit, dan sekiranya dia sampai ke situ, sudah pasti dirinya sentiasa mahukan lebih. Setiap kali dia meningkat satu darjat, dia mahukan darjat yang lebih tinggi.
Keadaan ini, walaupun terdapat perkara-perkara negatif, tetapi itu adalah asal-usul pergerakan kehidupan, yang dipenuhi dengan perlumbaan, persaingan, penyelarasan dan perancangan rapi yang tersusun.
Dari sudut pandangan jiwa yang sebegini, barulah kesedaran islah kita bermula.
Selamat menginjak usia baru.
Semoga lebih teguh bergerak dalam sela masa perlumbaan yang singkat tetapi menuntut banyak pengorbanan daripada kita.
Berangkatlah wahai diri!
Wallahualam

“Seseorang itu tidak akan puas dengan memiliki seluruh negeri,
Walaupun dibina tangga-tangga yang akan menuju ke langit”.
Syair ini bermaksud sekiranya seseorang itu telah memiliki seluruh kekuasaan, sudah pasti ia akan mahu memiliki langit, dan sekiranya dia sampai ke situ, sudah pasti dirinya sentiasa mahukan lebih. Setiap kali dia meningkat satu darjat, dia mahukan darjat yang lebih tinggi.
Keadaan ini, walaupun terdapat perkara-perkara negatif, tetapi itu adalah asal-usul pergerakan kehidupan, yang dipenuhi dengan perlumbaan, persaingan, penyelarasan dan perancangan rapi yang tersusun.
Dari sudut pandangan jiwa yang sebegini, barulah kesedaran islah kita bermula.
Selamat menginjak usia baru.
Semoga lebih teguh bergerak dalam sela masa perlumbaan yang singkat tetapi menuntut banyak pengorbanan daripada kita.
Berangkatlah wahai diri!
Wallahualam
Comments
Post a Comment