Cahaya itu.




Tika kau rasakan cahaya itu hilang, ia ada tersembunyi dari pandangan. Bukan cahaya itu yang menghilang, Cuma mungkin kau yang tidak mampu memegang. Ia ada, carilah di sisi Tuhan, akan kau rasai cahaya ketenangan.

Tiada kesusahan yang akan terhapus, kecuali Allah yang hapuskan. Tiada kesedihan yang akan hilang, kecuali Allah yang usirkan. Tiada kebahagiaan yang dirasai, kecuali Allah yang anugerahkan. Semuanya dalam kawalan Allah. Maka kembalilah selalu kepadaNya. Tiada daya dan upaya, dan hanya pada Dia yang Maha Berkuasa.

Bukan bahagia yang membuatkan kita bersyukur, tetapi dengan bersyukur membuat kita bahagia.
Di saat kita tidak dapat apa yang kita inginkan, bersabarlah mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang Tuhan ingin gantikan.

Hari ini mungkin engkau disakiti, tidak usah gentar, duhai hati, ada Tuhan yang selalu di sisi.
Ada masa kita kata tak pa. tapi kita rasa terluka. Ada waktu kita cuba lupa. Tapi kita masih ingat. Ada kala kita rasa sudah redha. Tapi kita masih derita. Sampai suatu tahap kita kena faham perancangan kita mungkin baik tapi perancanganNya lebih indah. Cuma perlu yakin Allah ada menyediakan sebab atas segala sesuatu.

Mungkin bagi kita itu suatu kesedihan, sebenarnya petunjukNya atas sesuatu yang lebih baik untuk kita. Maka terus berdoa dan yakinlah ketika itu kita sangat dekat denganNya. Tuhan Cuma rindu kita menistikan air mata, dan Dia hilangkan sesuatu yang kita inginkan kerana Dia ingin menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Setiap pertemuan punya alas an tersendiri. Serahkan  hati kepada Allah. Maka kau akan temui apa yang dicari.

Lumrah, terkadang manusia lebih suka tidak bercakap benar kerana hanya ingin menjaga hati seseorang. Sebaliknya, semua itu mampu membuat sesseorang itu lebih sakit apabila dia mengetahui kebenarannya. Moga sakit yang kau rasa digantikan dengan kekuatan yang tidak terdaya.

Apa yang hati ini rasa. Orang lain tak mampu nak faham. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui bagaimana rasa itu. Moga hati ini lebih kuat dan disembuhkan mana yang sakit.

Takdir adalah bahasa yang sukar dimengerti. Ketika yang sudah berlaku pun, masih belum kita temukan jawapan apatah yang bakal mendatang. Lalu akhirnya, kita hanya bisa mengkhabarkan kedukaan pada Tuhan bersama doa-doa harapan. Dan di suatu sudut, hakikatnya takdirlah yang membawa kita mencari Tuhan.


Allah faham kita lebih dari kita faham diri sendiri. Dia tahu kita mampu di atas semua ujian yang Dia beri. Bertahanlah.

Yang namanya manusia itu; tidak pernah lari daripada kesilapan. Akuilah kelemahan diri. Jangan sombong untuk mengaku kita bersalah. Mungkin itu mampu membuat kita kembali muhasabah diri. Dan kita mencari kesalahan orang lain. Maaflah, meskipun ia berat untuk melakukannya. Hati ini layak untuk tenang. Bukan dendam.

Comments

Popular Posts