New Student From Japan
Bila dengar ada sahabat baru dari luar negara yang mahu belajar di sekolah tinggi tempat korang belajar, apa perasaan korang ? Excited sampai melompat agaknya. tidaklah sampai melompat saya rasa, perasaan untuk berkenalan dan mendapat sahabat baru semestinya ditunggu-tunggu oleh semua orang. Jadi kisahnya bermula apabila pengetua memberitahu bahawa kami akan menerima seorang pelajar baru dari Jepun untuk belajar di sekolah tinggi kami selama 2 minggu. Ahh.. walaupun singkat, keterujaan untuk berjumpa serta berkenalan dengannya semestinya sangat tidak dapat ditunggu terutamanya saya seorang pelajar sekolah tinggi yang sangat comel dan tersangat funny. walaupun tidak tinggi , saya sedaya upaya untuk tinggi. *menagis di hujung kelas* Huhuhu...
Para pelajar perempuan sudah semestinya menunjukkan senyuman mengalahkan Miley Cyrus dan Angelina Jolie.*apa kena mengena dengan diorang ??* Mahu tidak senyum , jejaka kacak ala-ala Lee Min Ho dari Jepun sudah menujukkan mukanya yang agak comel dan bergaya di atas pentas dunia, ehh silap.. pentas sekolah . heheh... Rasa seperti tinggal di High School Musical pula rasanya. Yang lebih mengujakan lagi , dia dapat bercakap dalam bahasa melayu . Dia memperkenalkan dirinya sebagai Wataru Iwasyita di hadapan khalayak student-student sekolah tinggi dan nak dikatakan dia adalah lebih senior dari kami kerana dia belajar di kolej di Jepun. Seorang jejaka Jepun yang berumur 18 tahun. owh.. semestinya sudah matang rasanya, bukan ? Boleh panggil oppa ni.. hihi . *bukan oppa untuk abang dalam bahasa korea ker ? tersasul sudah..** II-_-
Lebih mengujakan lagi bahawa dia akan ditempatkan di kelas kami yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya dan yang pasti kelas yang paling ceria dan funny setiap hari. Kekadang penat juga melayan karenah pelajar-pelajar yang terlampau aktif dalam pelbagai benda, ada yang tidak habis-habis membuat silap mata, buat lawak dan membuat muka seperti Elbert Eistein serta menjalankan ujibakat menyanyi dalam kelas. hahaha. Lebih ceria dari ceria. Mestilah semakin ceria setelah ada jejaka tampan belajar bersama-sama di kelas yang sama serta dapat berkenalan dengannya dengan lebih lanjut. Semakin bersemangat mereka hendak datang ke sekolah pada hari berikutnya.
Kehadiran dia di dalam kelas kami yang agak sedikit teratur walaupun setiap hari tunggang terbalik, membuatkan pelajar-pelajar perempuan mahupun lelaki dari kelas tersebut mengambil khursus kewartawanan dan ada yang sudah meneru ramah jejaka itu. . Walaupun kami pelajar Sains Tulen , saya rasa mereka layak menjadi wartawan kerana soalan yang ditujukan bukan sahaja banyak tetapi mengalahkan Gunung Everest. Semestinya dapat anugerah kerana bertanya soalan yang begitu banyak. Heh.. Apapun kami juga mendapat untungnya kerana dapat mengetahui lebih lanjut tentang dirinya. saya suka,saya suka...
Jadi saya ceritakan serba sedikit tentang dirinya. Namanya Wataru Iwashita dari Tokyo,Japan. Belajar di kolej di Naga-No. Seorang yang peramah dan lawak. Ayahnya merupakan kakitangan kerajaan manakala ibunya seorang sukarelawan. Dia datang ke Malaysia untuk belajar tentang budaya dan bahasa di Malaysia selama satu tahun. Wah, semestinya dia mendapat pembagai pengalaman dan mengunjungi pelbagai negeri di Malaysia. Dibandingkan dengan diri saya ini , hendak dikatakan sudah menjelajah satu Malaysia semestinya belum mencapai lagi sekadar pergi ke Melaka , Kuala Lumpur dan beberapa buah negeri lagi. Insya-Allah jika masih ada masa terluang yang kini sibuk belajar untuk masa depan yang lebih cerah. hehehe...
Hendak diceritakan walaupun bahasa melayunya tidak berapa okey , jadi kami gunakan pelbagai bahasa untuk dia faham apa yang kami katakan, Hehe. Jika dilihat dari buku tulisnya, dapat dilihat yang dia mempelajari pelbagai bahasa. Malah tulisan jawi dia turut belajar, Wahh.. seorang yang efektif dalam mempelajari pelbagai bahasa . Jika dibandingkan dengan diri saya ini, tulisan jawi masih lagi tidak betul.. err.. mesti puan mama dengan inche papa marah sebab tulisan jawi ini yang menunjukkan kita ada budaya dan merupakan tulisan awal dulu-dulu. Bukan tidak pandai menulis jawi , tetapi sangat pandai sampai orang lain baca pun tidak tahu apa yang saya tulis, Heh... Jadi hari-hari yang dilalui oleh kami memastikan ia terisi . Walaupun sibuk belajar , kami tetap berbual-bual . bagus student sains tulen, mesti ada masa diorang bercakap tidak kira cikgu ada mahupun tiada.
Pejam celik, pejam celik sekarang sudah satu minggu dia berada di dalam kelas kami, jadi sudah pasti ramai pelajar terutamanya pelajar perempuan kelas Sains Tulen men''selfie'' dengan Wataru. Termasuklah diri saya ini untuk dijadi-jadikan kenangan di hari tua. hehehe. . . hal ini kerana mungkin dia akan ke kelas lain , mungkin kelas Akaun ? apapun ramai yang tidak mahu dia ke kelas lain, yelah kami kan sporting, funny , happy dan pertama kali student dari luar negara datang , sudah pasti kami mahu meluangkan masa bersama-sama , bukan begitu ? The last day of first week , pelajar sains tulen yang merupakan harapan sekolah untuk lulus SPM membawa gajet masing-masing untuk menyelfie. Bagus sungguh peribadi. hehehe... Jadi masa ketiadaan guru mahupun guru tidak masuk atas beberapa urusan , kami menyempurnakan misi kami untuk menyelfie. Pelbagai jenis karakter serta gaya dapat dilihat, dah macam model nampaknya. Saya ? masih duduk di meja hujung bersama-sama kawan cina saya iatu Catherine dan Ee Xin yang kekadang funny and kami selalu busy with our study. Pelajar cemerlang ni. hehe... My Best Friends sudah tentu pergi menyelfie dengan Wataru. Cepat sungguh dia melarikan diri. huhuh. . . tinggal pula kawan baik dia terkontang-kanting melihat drama cina dan tidak memahami langsung percakapan dua orang kawan cinanya. hhuhu. . .
The last day of first week , sudah semestinya guru English saya akan bertanya kepada kami lebih lanjut tentang Wataru, jejaka Jepun yang kami kenali. My teacher pula sudah pasti bertanya kepada kami dan memilih salah seorang untuk menceritakaan latar belakangnya. Pada mulanya , guru saya bertanya kepada kawan saya iaitu Mina and the next is my chinese friend , Catherine. Dia dengan selambanya menyatakan bahawa dia tiada peluang untuk bercakap dengan Wataru. Sudah pasti , my teacher menyuruh Wataru untuk ke meja Catherine duduki. Melihat mereka bercakap agak kekok and Catherine's face was blushing. haha.. hendak dikatakan diorang bercakap dan bercakap. I still remember what Wataru said to Catherine, " I will remember you". waahhh... satu episode drama yang sangat dinanti buat peminat drama korea mahupun jepun and mereka berdua juga turut berselfie dengan menggunakan jam canggih berjenama XXX untuk berselfie untuk dijadikan kenangan suatu hari nanti. Bagai pinang dibelah tiga. heheh. . .
Kata orang , sahabat adalah seseorang yang sangat rapat dengan kita. Dikala kita suka mahupun duka dia selalu berada si sisi kita. Meskipun begitu, sahabat adalah orang yang hadir dalam kehidupan kita , sekadar memberi pengajaran dan pembelajaran dalam meneruskan kehidupan di masa depan. Ada sahabat yang hadir dalam kehidupan kita hanya seketika , ada yang pergi ada yang kembali semula. Tanpa sahabat hidup umpama satu siri kehidupan yang tidak lengkap. Sahabat ada yang datang dan pergi, tetapi sahabat yang sejati akan kembali di saat yang lainnya terus pergi. Doakan padaNya, agar ditemukan dengan sahabat sejati, insyaAllah.
Hari-hari yang kami lalui semestinya ada pelbagai benda baru yang kami perolehi. Tidak kira sama ada kenangan manis mahupun pahit. Namun disebalik kenangan itu, terselit kerinduan terhadap rakan-rakan seperjuangan dikala kita sudah berkerjaya dan masih sibuk dengan kehidupan masing-masing di alam dewasa mengejar cita-cita dan kehidupan yang lebih selesa. Percaya atau tidak , pengalaman itu yang mematangkan kita. Jadi , jika kita berpeluang menimba pengalaman , jangan dilepaskan. Hal ini kerana, ia seolah-seolah melepaskan satu siri berguna dalam hidup.
Salam Ceria,
Nurul Noor Izzati

Sempat lagi diorang berselfie. |
catherine and wataru , cute.. haha |

kami student yang comel. hehehe... |
Salam Ceria,
Nurul Noor Izzati
Comments
Post a Comment